Sunday, January 5, 2014

Permulaan

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah

Blog ini adalah cubaan pertama aku untuk menulis sebuah cerita, cerita tentang kehidupan aku dan keluargaku dalam sebuah kedai di sebuah pekan kecil. Idea ini datangnya daripada kakakku Faridah Idris yang menyuruh aku mencoretkan pengalaman kami semasa kecil terutamanya dengan jiran kami yang berbangsa Cina. InsyaAllah aku akan cuba sentiasa menulis untuk setiap kenangan dan memori yang masih terpahat di fikiranku. Semoga projek ini berhasil dan sebuah cerita dapat dihasilkan, InsyaAllah.

Semoga semuanya dipermudahkan Allah.